/1/
Raya hampir tiba
entah apa-apa yang kita raikan
selain dari kapitalis menjadi kaya
dan mereka bukan sebangsa kita
jualan lelong, jualan murah
jualan dari gudang dan kilang,
diskaun di sini, diskaun di sana
Raya hampir tiba
entah apa-apa yang kita raikan
selain dari kapitalis menjadi kaya
dan mereka bukan sebangsa kita
jualan lelong, jualan murah
jualan dari gudang dan kilang,
diskaun di sini, diskaun di sana
segala semakin mengempiskan simpanan kita
Agen-agen kapitalis memekik melalak
melolong-lolong menjaja habuanAgen-agen kapitalis memekik melalak
dari kaca tv sampai saluran internet
menggoda pengguna, mendungukan kita
/2/
Raya hampir tiba suamiku
jiran sebelah kita beli karpet baru
jiran di kanan tukar langsir berwarna oren ke biru
jiran tingkat satu tukar perabut rotan ke perabot kayu
jiran di blok hadapan tukar Proton ke Avanza
jiran di tingkat bawah (mungkin) beristeri baru
dan aku cuma mahu
bernaskah-naskah buku
sudikah kau menghadiahkan untukku?
edited from ddkasiuntukmu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment