Tuesday, October 28, 2008

Amateur Radio Reunion Day (ARRD 08)



Ada yang berminat nak pergi? Aktiviti Radio Amatur utk Radio Amatur... "KALAU BUKAN KITA... SIAPA LAGI".. Banyak Aktiviti menarik menanti disana.. Jom kita ramai-ramai-ramai ke PD.. lepas boleh pergi Nilai 3... XYL pasti akan tersenyum..

Tarikh tutup pendaftaran: 8 Nov 2008 atau 300 pendaftaran awal berbayar.

Untuk mendaftar, sila hubungi:
Wakil MARTS: 9W2SBS – Aiznin Wakil
ASTRA: 9W2YR – Pak Yeop Wakil
PERAMAH: 9W2WWW – Azam Wakil
MARES: 9W2ZLH – Hazali Wakil-
wakil lain masih belum dinamakan lagi.
Harap pastikan pembayaran dibuat sewaktu pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran.

Pembayaran/Sumbangan:
RM 30 setiap stesen (termasuk SWL)
RM 10 setiap orang ahli keluarga
* Kanak-kakan di bawah umur 7 tahun percuma.
Ahli keluarga tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah.


keterangan lanjut :- http://arrd08.blogspot.com/


-9w2sbd-

Thursday, October 23, 2008

Harmonic 9W2KLA

Setiap Kali BerQSO Bersama Dengan Kak Lela 9W2KLA Ataupun Hanya Mendengar Audio, Tak Kira Samada Di Jaluran Transnasional ASTRA Ataupun Di Simpleks V28 Kuala Kangsar. Rakan2 Biasanya Akan Mendengar Suara Harmonic Kak Lela Yang Cukup Comel Memanggil Mamanya. Ada Rakan Yang Menghantar Email Membuat Permintaan Untuk Ingin Sekali Melihat Wajah Harmonic Kak Lela Yang Seringkali Suaranya Menjadi Latar Belakang Audio Kepada Kak Lela 9W2KLA.

Inilah Wajah Comel Harmonic Kepada 9W2KLA Kak Lela Dan Yob Pian


-9w2sgn-

Monday, October 20, 2008

Jamuan Hari Raya PARTS 1429H

PARTS akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya seperti butiran berikut: Tarikh :Isnin 27hb.Oktober, 2008 (Cuti Umum Depavali)
Masa :11 pagi hingga 3 petang
Lokasi :Rumah Wakaf PARTS, Silibin
Bayaran :RM10 seorang

Sila sahkan kehadiran anda di pengulang 9M4RIP atau telefon kepada 9W2ZZR Cikgu Zaki (019-5256830) dan Pak Mahadi 9W2PHE (012-5157424).

Sumbangan makanan atau wang ringgit adalah dialu-alukan. Jika terdapat mana-mana rakan yang berkesanggupan untuk *membakar lemang dan *berkampung di wakaf PARTS pada malam sebelum majlis berlangsung diminta menghubungi Cikgu Zaki.

* Tertakluk kepada permintaan.

Sumber www.parts.org.my

Sunday, October 19, 2008

Program Sambutan Konvoi Rakan2 Radio Amatur Dari Lokalan V38 Parit Buntar

19 Oktober 2008 Kuala Kangsar - Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Telah Mengadakan Satu Program Raya Bersempena Meraikan Konvoi Rakan2 Radio Amatur Dari Parit Buntar Dan Juga Taiping Ke Lokalan Kuala Kangsar Bersempena Hari Raya Aidilfitri. Base Station 9W2KLA Dan Yob Pian Telah Dijadikan Lokasi Pilihan Untuk Rakan2 Berhenti Menikmati Jamuan.








Gambar Sepenuhnya Boleh Didownload Di Sini:
Gambar2 Sepanjang Program Klik Sini

-9w2sgn-

Saturday, October 18, 2008

Persiapan Menyambut Rakan2 Radio Amatur Dari Utara

Pada Sebelah Malamnya Rakan2 Radio Amatur Bergotong Royong Membantu Yob Pian Dan 9W2KLA Kak Lela Membuat Persiapan Untuk Menyambut Rakan2 Radio Amatur Dari Parit Buntar Yang Akan Berkunjung Ke Base Station 9W2KLA Dan Yob Pian, Penghulu Radio Amatur Kuala Kangsar.




-9w2sgn-

Terima Kasih 9M2NNL

Sekalung Ucapan Terima Kasih Atas Layanan Yang Diberikan Kepada Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Yang Berkunjung Ke Majlis Rumah Terbuka Pak Nasir 9M2NNL Pada Petang 18 Oktober 2008. Antara Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Yang Berkonvoi Menuju Kesana.
1. Penghulu Kuala Kangsar Yob Pian
2. 9W2SMZ Shamsul
3. 9W2DJJ Hafiz
4. 9W2SGN Shah
5. 9W2WGC Wan Bomba
6. 9W2MPB Man
7. 9W2LES Cikgu Ardani Sekeluarga

Dalam Perjalanan Sempat Bertemu Dengan 9W2JKZ Cikgu Junit



Dan Seterusnya Gambar2 Yang Diambil Ketika Di Majlis Rumah Terbuka 9M2NNL






Sekali Lagi.. Terima Kasih Buat 9M2NNL Pak Nasir.73

-9w2sgn-

Wednesday, October 15, 2008

Jemputan Rumah Terbuka 9M2NNL

Rakan2 Radio Amatur Yang Berkelapangan Dan Berkesudian Dijemput Datang Ke Base Station 9M2NNL Pak Nasir Untuk Majlis Rumah Terbuka.

Tarikh : 18 Oktober 2008
Waktu : 3.30PM - 7.00PM (GMT +8)
Alamat : NO.4 JALAN BANDAR U21 BANDAR UNIVERSITI, SRI ISKANDAR

-9w2sgn-

Thursday, October 9, 2008

RAE 2008 - 2



Tarikh Peperiksaan : 17 Disember 2008

Waktu Peperiksaan : 2.oo Petang (GMT +8)

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Oktober 2008 Jam 5.00 Petang (GMT +8)

Sumber : Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Notis Peperiksaan http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_NOTIS_2008_2.pdf

Download Borang RAE 2008 -2 Disini

-9w2sbd-

Re-edit By 9W2SGN @ 7.44pm 09 October 2008

Wednesday, October 8, 2008

Bila yang muda tidak menghormati yang tua..

Tu lah budak-budak sekarang.. nasihat orang tua-tua tak nak didengar… mula lah kata-kata yang tidak begitu matang terkeluar di Freq… walaupun kami baru dari Dunia Radio Amatur, tapi.. banyak pengalaman dari segi setia kawan, kekeluargaan.. dan banyak lagi…

Bila SWAL keras kepala.. tak dengar kata 9M2??? Dan 9W2???.. siapa lagi… bila nak mengajar dia... boleh kata kami-kami ni..banyak songeh.. berlagak.. sombong.. dan &^$#!%^&*

FIKIR-FIKIRKAN...


-9w2sbd-

Friday, October 3, 2008

Konvoi Raya Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar

Alhamdulilah Dan Tahniah Buat Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Atas Satu Program Yang Berjaya Dilaksanakan Pada 3 Oktober 2008. Program Konvoi Raya Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Ke Base Station Rakan2 Radio Amatur.

Lokasi Persinggahan Base Station Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar.
01. 9W2UIA
02. SWAL KHUSAIRI
03. 9W2NIM
04. 9W2CMK
05. 9W2MMO
06. 9W2RMT
07. 9W2PHJ
08. 9W2SUF
09. 9W2DJJ
10. 9W2KMR
11. 9W2MPB
12. 9W2IPT
13. 9W2KLA / SWAL YOB PIAN

Tahniah Buat Rakan Rakan Semua Dan Diharap Program Yang Sama Dapat Diteruskan Lagi Di Masa Akan Datang.

(KLIK PADA GAMBAR UTK PAPARAN BESAR)















ps : maaf ye rerakan..teman jadi chipsmore..kejap ada kejap takde..ada program lain di waktu yang sama.. 9W2SGN..73
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog