Wednesday, September 16, 2009

RAE 2009-2 - 16 Disember 2009

16SEP09 – Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)
16 September 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.



Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)



Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)



Radio Amateur Examinations Application Form

Sekian, Harap Maklum...

::9w2sgn::

Sunday, September 13, 2009

Saturday, September 12, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Sumber Berita Dari : 9W2SGN Shah http://9w2sgn.blogspot.com Yang Mewakili Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar V28 145.350

Program : Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak2 Yatim
Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting
Tarikh : 12 September 2009











Alhamdulilah Selesai Sudah Program Persatuan Radio Amatur Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) Bersama Anak-Anak Yatim Pada Malam Tadi. Seramai 24 Anak Yatim Telah Diraikan Pada Majlis Tersebut Disertai Oleh Lebih Kurang 35 Rakan-Rakan Radio Amatur Dari Lokalan Taiping V20, Kuala Kangsar V28, Ipoh V??, Manjung V32 Dan Parit Buntar V38. Program Yang Dimulakan Dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Makan Malam, Penyampaian Sumbangan Daripada Rakan2 Radio Amatur Dan Diakhiri Dengan Solat Tarawih Berjemaah.Tahniah Kepada Pihak Urusetia ASTRA Kerana Berjaya Menganjurkan Program Amal Begini Dan Diharapkan Dapat Dijadikan Acara Tahunan Pada Masa Akan Datang. Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakan2 Radio Amatur Yang Sudi Meluangkan Masa Menceriakan Wajah Anak2 Kecil Yang Sentiasa Dahagakan Kasih Sayang.

73
9w2sgn

RAYA HAMPIR TIBA

/1/
Raya hampir tiba

entah apa-apa yang kita raikan
selain dari kapitalis menjadi kaya
dan mereka bukan sebangsa kita
jualan lelong, jualan murah

jualan dari gudang dan kilang,
diskaun di sini, diskaun di sana
segala semakin mengempiskan simpanan kita

Agen-agen kapitalis memekik melalak
melolong-lolong menjaja habuan
dari kaca tv sampai saluran internet
menggoda pengguna, mendungukan kita

/2/
Raya hampir tiba suamiku
jiran sebelah kita beli karpet baru
jiran di kanan tukar langsir berwarna oren ke biru

jiran tingkat satu tukar perabut rotan ke perabot kayu
jiran di blok hadapan tukar Proton ke Avanza

jiran di tingkat bawah (mungkin) beristeri baru
dan aku cuma mahu
bernaskah-naskah buku
sudikah kau menghadiahkan untukku?

edited from ddkasiuntukmu.blogspot.com

Thursday, September 3, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Rakan-Rakan Yang Mempunyai Kelapangan Dan Kesudian Adalah Dijemput Untuk Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak Yatim.

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Perak
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 5.45 Petang

Sebarang Sumbangan Ikhlas Boleh Disampaikan Terus Kepada Saudara Bob 9W2BPT. Sila Hubungi 019-5762734 Bob 9W2BPT

Surat Makluman : http://www.astra.org.my/docs/sedekah.pdf

Simpleks : V20 145.250

Sekian, Harap Maklum.
Salam Ramadhan Dan Salam 1Malaysia

::9w2sgn::
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog