Monday, November 2, 2009

Happy Birthday 9W2ATN Atan



Callsign : 9W2ATN
Handle : ATAN
Real Name : Baqori Bin Ramli
Assignment No : 01421333-000SU/122007
Base Station : Kuala Kangsar, Perak




Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat 9W2ATN Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Saudara Atan Dari Semua Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar. Satu Majlis Sambutan Secara Kecil-Kecilan Telah Diadakan Di The Gate Cafe Kuala Kangsar. Antara Yang Sempat Hadir 9W2SMZ, 9W2SGN Dan 9W2BKY

Akhir Kata, Mewakili Semua Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Mengucapkan Selamat Hari Lahir, Senantiasa Mendapat Keberkatan DariNya, Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur.

::9w2sgn::

Wednesday, September 16, 2009

RAE 2009-2 - 16 Disember 2009

16SEP09 – Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)
16 September 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.



Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)



Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)



Radio Amateur Examinations Application Form

Sekian, Harap Maklum...

::9w2sgn::

Sunday, September 13, 2009

Saturday, September 12, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Sumber Berita Dari : 9W2SGN Shah http://9w2sgn.blogspot.com Yang Mewakili Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar V28 145.350

Program : Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak2 Yatim
Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting
Tarikh : 12 September 2009











Alhamdulilah Selesai Sudah Program Persatuan Radio Amatur Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) Bersama Anak-Anak Yatim Pada Malam Tadi. Seramai 24 Anak Yatim Telah Diraikan Pada Majlis Tersebut Disertai Oleh Lebih Kurang 35 Rakan-Rakan Radio Amatur Dari Lokalan Taiping V20, Kuala Kangsar V28, Ipoh V??, Manjung V32 Dan Parit Buntar V38. Program Yang Dimulakan Dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Makan Malam, Penyampaian Sumbangan Daripada Rakan2 Radio Amatur Dan Diakhiri Dengan Solat Tarawih Berjemaah.Tahniah Kepada Pihak Urusetia ASTRA Kerana Berjaya Menganjurkan Program Amal Begini Dan Diharapkan Dapat Dijadikan Acara Tahunan Pada Masa Akan Datang. Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakan2 Radio Amatur Yang Sudi Meluangkan Masa Menceriakan Wajah Anak2 Kecil Yang Sentiasa Dahagakan Kasih Sayang.

73
9w2sgn

RAYA HAMPIR TIBA

/1/
Raya hampir tiba

entah apa-apa yang kita raikan
selain dari kapitalis menjadi kaya
dan mereka bukan sebangsa kita
jualan lelong, jualan murah

jualan dari gudang dan kilang,
diskaun di sini, diskaun di sana
segala semakin mengempiskan simpanan kita

Agen-agen kapitalis memekik melalak
melolong-lolong menjaja habuan
dari kaca tv sampai saluran internet
menggoda pengguna, mendungukan kita

/2/
Raya hampir tiba suamiku
jiran sebelah kita beli karpet baru
jiran di kanan tukar langsir berwarna oren ke biru

jiran tingkat satu tukar perabut rotan ke perabot kayu
jiran di blok hadapan tukar Proton ke Avanza

jiran di tingkat bawah (mungkin) beristeri baru
dan aku cuma mahu
bernaskah-naskah buku
sudikah kau menghadiahkan untukku?

edited from ddkasiuntukmu.blogspot.com

Thursday, September 3, 2009

ASTRA : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Rakan-Rakan Yang Mempunyai Kelapangan Dan Kesudian Adalah Dijemput Untuk Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Berbuka Puasa ASTRA Bersama Anak Yatim.

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Perak
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 5.45 Petang

Sebarang Sumbangan Ikhlas Boleh Disampaikan Terus Kepada Saudara Bob 9W2BPT. Sila Hubungi 019-5762734 Bob 9W2BPT

Surat Makluman : http://www.astra.org.my/docs/sedekah.pdf

Simpleks : V20 145.250

Sekian, Harap Maklum.
Salam Ramadhan Dan Salam 1Malaysia

::9w2sgn::

Saturday, August 29, 2009

PARTS : Majlis Berbuka Puasa 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama PARTS

Lokasi : Wakaf PARTS, JKR 561 & JKR 562, Lorong Silibin, Ipoh
GPS Coordinates : N 04°36.122' E 101°04.191'
Tarikh : 5 September 2009

Aturcara Majlis :
- Bacaan Yasin
- Doa Selamat
- Berbuka Puasa
- Solat Magrib
- Majlis makan
- Solat Isyak
- Solat Tarawih
- Jamuan Ringan
- Bersurai.

Pembimbing Al-Fadil Ustaz Najadi 9w2DFA , Al-Fadil Ustaz Shamsul 9w2SSG

Semua Muslimin Dan Muslimat Rakan2 Radio Amatur Adalah Dijemput Hadir.

::9w2sgn::

Friday, August 28, 2009

Orang Kuale.. Ada Berani Ka??


Notification: Morse Code Test 2009-2

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the second Morse Code Test for the year 2009, pursuant to Regulation 26(2) of the Communications and Multimedia (Technical Standards) Regulations 2000. The test will be conducted at SKMM’s Head Office in Cyberjaya, Selangor. Details of the test are as follows:

Notification: Morse Code Test 2009-2

Pemberitahuan: Ujian Kod Morse 2009-2

Borang Permohonan Menduduki Ujian Kod Morse/Morse Code Test Application Form

Monday, August 24, 2009

Tahniah Dan Selamat Datang Buat 9W2BKY




Sekalung Ucapan Tahniah Dan Selamat Datang Ke Dunia Radio Amatur Dan Selamat Menyertai Rakan2 Radio Amatur Daerah Kuala Kangsar. Ucapan Khas Dari Rakan2 Radio Amatur Lokalan Kuala Kangsar Buat Saudara Shahrizan Atas Kejayaan Beliau Mendapatkan AA Radio Amatur. Beliau Yang Diraikan Tadi Oleh Penghulu Radio Amatur Kuala Kangsar Saudara Sufian 9W2DKL Dan Juga Rakan2 Radio Amatur Yang Terdiri Daripada 9W2WGC Pak Wan Dan 9W2SGN Shah. Tahniah Dan Selamat Datang Sekali Lagi Diucapkan.

::9W2SGN::

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Buat Semua...

Ikhlas Dari Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar
Simpleks : V28 Kuala Kangsar
73

Tuesday, August 18, 2009

Repeater Baru Antara Tanah Merah - Jeli

Sms Yang Diterima Oleh Teman Dari Rakan2 Di Lokalan Pantai Timur.

" Abe ripiter 9M4RPT di laluan tanah merah ke jeli 147.750 -600(147.150) tone 67.0 minta infor ke rakan2 bos deh, guna la demi amatur "
sms dari +6012-951****

Jadi buat rakan2 yang akan bergerak melalui laluan tanah merah ke jeli silalah menggunakan repeater tersebut.
9M4RPT
147.750 -600(147.150) TONE : 67.0

Harap Maklum
73
de
9w2sgn

Wednesday, August 12, 2009

RAE RESULT 2009-1 Dah Kuar

Sila Rakan2 Yang Mengambil Peperiksaan RAE 2009-1 Pada Tahun Ini Untuk Menyemak Keputusan Peperiksaan Anda Di Laman Web Di Bawah.

RESULT RAE KAT SINI

Bagi Yang Lulus Tahniah Dan Bagi Yang Gagal Cuba Lagi Di Lain Waktu.

73
9w2sgn

Wednesday, July 22, 2009

Hari Keluarga ASTRA Dan Sesi Makan Deroyan...

Bagi pihak ASTRA, kami menjemput seluruh warga radio Amatur untuk hadir ke program Hari Keluarga ASTRA dan sesi menjamu durian. Majlis akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

Tarikh : 24hb dan 25hb Julai 2009
Tempat : KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah
GPS : 5°51'36.00''N ,100°49'31.78''E
Bayaran: RM3 (Sewa Tapak Perkhemahan Shj)

Tentatif Program:
24 Julai 2009

- Pendaftaran ahli serta keluarga
- Minum petang
- Aktiviti " Salam Kontek Kenal QSO di Dataran(Majlis Eyeball)
- Makan Malam
- Solat Maghrib & Majlis Tahlil
- Solat Isyak
- Majlis Perasmian
- Majlis Santai & Karaoke
- Rehat

25 Julai 2009

- Solat Subuh
- Sarapan Pagi
- Sukaneka
- Fox Hunting
- Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati
- Makan tengahari
- Majlis Bersurai

Untuk pertanyaan sila hubungi :

9W2HLM 019-412 3052
9W2MYR 016-538 5385
9W2BPT 019-576 2734
9W2CRE 019-402 2990

::9w2sgn::

Monday, July 20, 2009

Jangan Silap Lorong Yek....

Buat Rakan2 Yang Mobile Dari Utara Ke Selatan Ataupun Sebaliknya. Patuhi Had Kelajuan Dan Ikutilah Arahan Pada Papan-Papan Tanda Yang Tersergam Besar Dan Indah Di Tepi Laluan Lebuhraya Ataupun Melintang Di Atas Anda.





Tapi Kalau Dah Terlepas.. Yang Menghala Ke Utara Boleh Keluar Di Tol Kuala Kangsar Dan Bagi Yang Ke Selatan Boleh Keluar Di Tol Simpang Pulai.

Dah Alang2 Terlajak Tu Singgah2 La Terus. Tak Gitu..

Bantuan Rakan2 Radio.
Kuala Kangsar : Simpleks V28 145.350Mhz
Ipoh : Repeater Parts 147.7125 MHz ~ OFFSET: -0.600 MHz ~ TONE: 233.6 & Simpleks V40 145.500Mhz

Monday, May 11, 2009

Gambar menarik - 2-3hb Mei 2009 XPDC Bermotosikal KK - Banding



Alhamdulilah.. kami selamat sampai di Bandar DiRaja Kuala Kangsar Jam 5.00 petang Satu Program Ekspidisi Bermotosikal Anjuran Bersama Belia 4B, Umno Kuala Kangsar, Pejabat Belia dan Sukan Kuala Kangsar.

Diketui oleh 9W2DKL, serta 9W2ATN, 9W2SUF, 9W2NIM, saya, SWAL ZUP dan anaknya memberi bantuan komunikasi dan keselamatan program tersebut.

Monday, April 27, 2009

XPDC Bermotosikal KK - Banding

Satu Program Ekspidisi Bermotosikal Dari Kuala Kangsar Ke Tasik Banding Akan Dianjurkan Oleh Pemuda UMNO Cawangan Bukit Chandan Pada 2 Mei 2009 - 3 Mei 2009. Perlepasan Akan Diadakan Di Dewan Taman Bukit Kerajaan Bukit Chandan Oleh Yang Berbahagia Adun Chandan Pada Jam 8.00 Pagi. Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Juga Terlibat Dalam Ekspidisi Tersebut Dan Akan Bertugas Didalam Sistem Komunikasi Dan Konvoi.

Info-Info Akan DiUpdate Dari Semasa Ke Semasa.

Monday, April 13, 2009

Yob Dan Yong... Moh Ke Kuale Weh!! ...

Program2 Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak

Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak, Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Dengan Segala Hormatnya Menjemput Semua Rakan2 Radio Amatur Dari Seluruh Malaysia Untuk Sama2 Turun Dan Memeriahkan Program2 Yang Diadakan Di Kuala Kangsar Perak.

Program2 Yang Akan Diadakan.

18 April -
Acara Perlumbaan Jet Ski @ Sg Perak, Tepian Sg Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar
Majlis Sambutan Pesta Panjut Dan Pertunjukan Bunga Api, Tepian Sg Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar

19 April -
Acara Perlumbaan Jet Ski @ Sg Perak, Tepian Sg Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar

25 April -
Majlis Pesta Sukan Air, Tepian Sukan Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar
Majlis Sukan Rakyat, Arena Square, Kuala Kangsar

26 April -
Majlis Karnival Vespa & Motosikal Antik Antarabangsa, Arena Square, Kuala Kangsar

Rakan2 Semua Dijemput Hadir Ke Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Frekuensi : V28 145.350 Kuala Kangsar

73
de
9w2sgn

Sumber : 9W2SGN Blog ( http://9w2sgn.blogspot.com )

Sunday, March 29, 2009

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) throughout Malaysia on 24 June 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)


Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) Application Form

sumber : Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Monday, March 2, 2009

Mesyuarat Agung PARTS Ketiga 2009

Tempat:
Wakaf PARTS (Rumah Pertubuhan),
Kuaters JKR No. 561 dan 562,
Jalan Selibin, Ipoh.

Tarikh:
29hb. Mac, 2009 (Ahad)

Masa:
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Sila rujuk surat jemputan yang bertarikh 22-Feb-2009 di pautan ini. Notis AGM

Monday, February 16, 2009

Morse Code Test 2009 - 1....

Informasi Buat Rakan2 Yang Berminat Nak Menaiktarafkan Lesen Kelas B Anda Dan Juga Kepada Bakal2 9M2/9M6/9M8. Notis Panggilan Peperiksaan Telah Dikeluarkan.

Tarikh Peperiksaan :
8 April 2009

Waktu Ujian :
10 Pagi - 11.00 Pagi : Ujian Penerimaan
2.00 Petang - 5.00 Petang : Ujian Penghantaran

Syarat :
1. Berumur 18 Tahun Dan Keatas
2. Pemegang Lesen 9W Sekurang2 Setahun

Tarikh Tutup Permohonan :
5.00 PM, 6 Mac 2009

Pautan :

Iklan ( English )

Iklan ( Melayu )

Borang Permohonan

Sumber :

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia

Saturday, February 14, 2009

Kuala Kangsar Disinari Cahaya...

Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Di Kuala Kangsar.

Acara Menarik :
1, Pertunjukkan Bunga Api Dan Panjut - Tepian Sayong
2. Persembahan Artis2 Jemputan - Arena Square, Kuala Kangsar








Sumber : 9W2SGN Shah http://9w2sgn.blogspot.com

Friday, February 13, 2009

TRAFFIC INTERRUPTION IPOH SELATAN – KUALA KANGSAR

PLUS wishes to inform that there will be traffic interruptions on the Ipoh Selatan-Kuala Kangsar stretch on the North-South Expressway between 6:00 pm and 11:30 pm on 14 February (Saturday).


The interruption is due to the movements of Royal Entourage on the designated highway stretch in conjunction with the DYYM Sultan Perak’s Silver Jubilee Royal Banquet at Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

As such, all highway users are advised to plan their journey and follow all instructions given by the Police and PLUS at the area.

PLUS thanks all users for their attention and co-operation.

Source : http://www.plus.com.my/

Friday, February 6, 2009

Tahniah Buat 9W2DKL...

9W2DKL
Ahmad Sufian Ismail
01491982-000SU/122009
ASTRA Member No : 873-160-06
Member Since : 2006


Sekalung Tahniah Dari Rakan2 Radio Amatur Lokalan Kuala Kangsar Di Atas Penganugerahan CallSign 9W2DKL. Dengan Ini Diumumkan Penghulu Radio Amatur Kuala Kangsar, En Ahmad Sufian Ismail Dikenali Dengan CallSign 9W2DKL. Tahniah Sekali Lagi.

::9w2sgn::

ps : sama hari pulak dengan majlis angkat sumpah MB Perak yang baru.. mungkin yob pian pun bakal jadi ahli politik jugak kot.. tak pun jadi MB di masa depan.. amin...

Thursday, February 5, 2009

'POTLUCK' Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-2 PARTS

Semua Rakan2 Yang Berkelapangan Dan Berkesudian Dijemput Bersama-Sama Menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-2 PARTS Di Rumah Wakaf PARTS

Tarikh : 20 Februari 2009
Masa : Rujuk Laman Web PARTS
Style : PotLuck

Penaja2 Masih Lagi Dicari Jadi Memana Rerakan Yang Berkesudian Untuk Menyampaikan Sumbangan Boleh Merujuk Kepada 9W2SBD Salehan.

::9w2sgn::

Monday, February 2, 2009

Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak


Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Mengucapkan
Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Buat


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-Lah, DK. DKM. DMN.

Sultan, Yang Dipertuan Dan Raja Pemerintah
Negeri Perak Darul Ridzuan
Sempena
JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2009


Daulat Tuanku

:: 9W2SGN ::
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog