Saturday, November 24, 2007

Selamat menghadapi RAE

Saya bagi pihak Rakan Ham Bandar DiRaja Kuala Kangsar mengucapkan"GOOD LUCK" dan "Try The Best" kepada SWAL yang akan menghadapinya pada 28hn Nov 2007 di seluruh Malaysia.

Semoga dipermudahkan segala urusan semasa RAE tersebut dan Lulus dengan cemerlang..

PARTS Field Day 2007



Semua rakan-rakan Ham dijemput..

Keterangan lanjut sila hubungi
Sallehan | email : 9w2sbd@parts.org.my
Ustaz Najdi | email : 9w2dfa@parts.org.my
atau lawat Blog ini http://partsflieldday2007.blogspot.com

Monday, November 19, 2007

Al Fatihah

Saya bagi pihak warga Ham Bandar Diraja Kuala Kangsar mengucapkan Takziah kepada 9W2KMR serta keluaraga ke atas kembali kerahmatullah anakanda kesayangan beliau pada 19hb Nov 2007.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

amin...

-9w2sbd-

Saturday, November 3, 2007

KENWOOD TK508

Ever been curious about what's inside that latest piece of high-tech electronic stuff you just bought, but been too afraid to venture inside? Ever taken something apart but not been able to put it back together again? Well now here's your chance to look inside stuff from the comfort of your own PC without invalidating your warranty! 73..



Tuesday, October 30, 2007

Tahniah.. 9M4KBD Di Gunung Inas (1801 m)

Tahniah daripada Kami di Lokalan Kuala kangsar Kepada 9W2KBD bersama Teamnya selamat dinaikkan di Gunung Inas di ketinggian 1801 Meter dari aras laut.


Gambar di waktu senja di Gunung Inas


Peta Topo Gunung Inas

Maklumat Repeater
Callsign : 9M4KBD
Uplink 145.525 MHz
Downlink 144.925 MHz
tone 85.4 Hz

Tahniah sekali lagi..

73

-9W2SBD-

Wednesday, October 10, 2007

Kad Raya Untuk Pengunjung Setia Blog Labu Sayong ini..

Wednesday, October 3, 2007

Jemputan Majlis Berbuka Puasa Di PUO

Dengan segala hurmatnya, dijemput semua Warga Ham Kuala Kangsar ke Berbuka Puasa di PUO pada :-

Tarikh : 6hb. Oktober 2007 (Sabtu)
Tempat : Pusat Islam Politeknik Ungku Omar
Masa : 6.45 petang hingga 10.30 malam
Anjuran : PARTS dan Kelab Radio Amator PUO

Aktiviti:-
Bacaan Doa dan tahlil
Waktu berbuka Puasa/Maghrib
Jamuan ringan berbuka puasa
Sembahyang Maghrib
Jamuan Makan Malam
Waktu dan Sembahyang Isha’
Sembahyang Sunat Tarawih
Takzirah pendek
Ucapan ringkas - Pengetua PUO / Pengerusi PARTS
Jamuan ringan (morei)

* Dijemput sekeluarga untuk hadir ke majlis, Sila berikan maklum balas bilangan ahli keluarga yang akan hadir kepada 9W2PHE( Pak Mahadi) secara sms atau hubungi ditalian 012-5157424 atau email admin@parts.org.my

Sunday, September 16, 2007

29hb Sept 2007 : Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim di Trong. Taiping.

Sukacita di maklumkan, ASTRA Cawangan Perak akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Rumah Anak-Anak Yatim di Trong, Taiping. Semua warga Ham Kuala Kangsar adalah jemput untuk meriahkan majlis tersebut.

Kepada Rakan-Rakan Ham yang ingin menyumbangkan sumbangan amat-amat dialu-alukan. Semua sumbangan dari Lokalan Kuala Kangsar boleh disalurkan kepada SWAL RKK (Pak Pian) atau 9W2WGC ( Pak Wan ) pada atau sebelum 26hb Sept 2007

Sekian, terima kasih.

Friday, September 14, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semua rakan-rakan Ham 145.350Mhz Labu Sayong mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada Pelawat-Pelawat Blog Kami..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

73

-9w2sbd-

Wednesday, September 12, 2007

Tahniah kepada 9W2JKR & 9W2SMZ

Rakan kepada 9W2JKR & 9W2SMZ yang telah dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Perak Amateur Radio Transmitters' Society (PARTS) AGM Pertama yang diadakan baru-baru ini di Ipoh.


9W2JKR - Ahli Jawatankuasa Induk


9W2SMZ - Ahli Jawatankuasa ( Wakil Daerah Kuala Kangsar )

Semoga dengan pemilihan rakan2 dari kolakan Kuala Kangsar dapat memantabkan aktiviti Ham Radio di Kuala Kangsar khasnya dan di Malaysia amnya

Tahniah sekali lagi

73

Tuesday, September 4, 2007

Jemputan : MESYUARAT AGUNG PARTS PERTAMA 2007.

Semua Ahli PARTS, dan yang belum menjadi Ahli juga dijemput

Sukacita dinyatakan bahawa mengikut persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat pada 12hb. Ogos 2007 yang lalu dan mengikut Perlembagaan PARTS, Fasal 8, Mesyuarat Agung (1) Dan (3), bahawa Mesyuarat Agung Pertama Persatuan ini akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:


Tempat : Persatuan Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf, Ipoh.
(Berhampiran Sek. Antarabangsa dan Pdg. Rekreasi S. Abd. Aziz)

Tarikh :9hb. September, 2007 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi

Semoga, kehadiran tuan / puan akan meriahkan perjalanan mesyuarat tersebut.

Keterangan lanjut sila lawat web PARTS di www.parts.org.my

-9w2sbd-

Wednesday, August 22, 2007

PETA STESEN RADIO AMATUR DI KUALA KANGSAR



Image by : 9W2JKR

Friday, August 17, 2007

Al - Fatihah

Semua warga Ham Kuala Kangsar ingin merakamkan ucapan takziah ke 9W2KLA (Kak Lela) atas keberangkatan Ibudanya tercinta ke ramatullah pada 17/08/2007.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

amin...

Thursday, August 16, 2007

TAHUKAN ANDA.. KELAS B BOLEH MAIN HF

Refer to page 04 in a document published by MCMC entitled "Technical Specification For Amateur Radio Equipment", Edition 1.Below is an abstract of table 2 entitled "Radio frequency for class B privilege" on page 4.



yang berminat...boleh cuba-cuba layan HF..

73

Friday, August 10, 2007

9W2JKR & 9W2SMZ beli mobile rig baru

Salam sejahtera,
Keletihan di tempat keje, semasa tido ku.. diulik mimpi, mimpi... 9W2JKR & 9W2SMZ telah membeli mobile rig... memang gempak habis...




Mungkin mimpi aku jadi kenyataan.. hanya Pak Joe & Pak Shamsul yang boleh jawab.. kalau Pak Ya nak satu... bodek2lah pada Pak Joe & Pak Shamsul..

## aje nak lepaskan tensionn.... 73 -9w2sbd-

Thursday, August 9, 2007

Gambar : Berbasikal mengelilingi semenanjung sempena majlis ulangtahun ke 10 ASTRA di Kuala Kangsar

## sorry tak sempat nak tulis story





Wednesday, August 1, 2007

Monday, July 30, 2007

Sunday, July 29, 2007





MALAM MESRA DAN HARI KELUARGA
RAKAN2 HAM KUALA KANGSAR DAN SEKITARNYA

Terima kasih dan tahniah kepada rakan2 yang telah bersusah payah dalam menjayakan majlis ini. serta jutaan terima kasih kepada para tetamu yang hadir seperti 9W2KBD,9W2AEW,9W2YZU,9W2ZAC,9W2DMG,9W2IBS,9W2DIE,9W2RTX,9W2SBD,9W2FDL,
9W2PTU,9W2MMP,9W2ZKE,9W2ZBD,9W2ACR,9W2REX,9W2WGC,9W2GUN,9W2ATN,9W2JKR,
9W2KMR,9W2KLA,9W2SMZ,9W2ALC,9W2MXA,9W2LES,SWAL PIAN,DAN LAIN-LAIN
MAAF KLAU TAK BERAPA INGAT BLE EMAILKAN KAT KAMI OK. moga persahabatan kita akan terus kekal selamanya.... ..73..

Sunday, July 22, 2007

28hb Julai 2007 - Labu Sayong Family Eyeball




Tarikh : 28hb Julai 2007
Tempat : PBSM
Masa : 8.30 malam
Konsep : Santai

Senarai Penaja
1.Nasi Ayam Hainan ditaja oleh 9W2ZBD & SWaLREX.
2.Ayam BBQ oleh 9W2SBD
3.Kentang goreng & Sosej oleh 9W2WGC
4.Kerang Bakor oleh 9W2SMZ
5.Buah-buahan oleh SWaL RKK
6.Pemanis mulut (kuah mueh) oleh 9W2ATN
7.Cucur bawang oleh 9W2KLA
Alhamdulillah banyak makanan.Banyak makan....

Mencari Penaja
1.Tambahan Ayam, Daging kambing,sotong dan sebagainya
dan apa-apa bentuk sumbangan untuk dikongsi bersama

Semua warga lokalan Labu Sayong serta famili dijemput hadir.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 9W2ZBD Pak Ya atau SWAL SMZ.

Monday, July 9, 2007

7 July 2007 - Taiping Fox Hunting

7 July 2007 - Taiping Fox Hunting
SMK Taman Tasik dan Sekitar Taman Tasik Taiping Perak
Anjuran : ASTRA Cawangan Negeri Perak




Sunday, July 1, 2007

Banyaknya antenna kat base station dia....

Siapa punya base station nie...?



mungkin ini baru permulaannya.. yang lain macam mana? ada ke yang nak cuba-cuba pasang antenna 80 kaki..??

1hb Julai 2007 Penuh makna...

Pagi ahad ini kami saya bertuah, kerana 9M2AGC Cikgu Lan sudi datang ke Lokalan kami. Pagi-pagi lagi 9W2WGC Pak Wan, SWAL Shamsul, 9W2SBD Sallehan, 9W2JKR Pak Joe dan 9W2ZBD Pak Ya, tidak sabar-sabar menanti kehadiran 9M2AGC Cikgu Lan. Tidak dinafikan, dengan kehadiran 9M2AGC Cikgu Lan dalam usaha untuk berkongsi pengalaman untuk membuat antenna “Home Brew” kecil tapak tangan Sg. Perak kami tadahkan.




Dengan SWR Meter ( Diomand SX200, SX400 & SX1000 ) Antenna Analyzer MFJ-269 dan peralatan-peralatan lain, kami menguji setiap antenna yang dibuat sebelumnya. Dalam usahakan untuk mendapatkan antenna yang baik SWR 1:1, dengan perlatan yang disediakan kami telah belajar teknik yang betul untuk menguji SWR.

Berkongsi-kongsi idea untuk mendapatkan SWR yang baik untuk antenna “Home Brew”, kami juga sempat berkongsi minuman yang ditaja oleh SWAL Shamsul dan rambutan gading yang 2 kali lekangnya oleh 9W2ZBD Pak Ya.

Kami juga mungucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sempat berQSO semasa kerja-kerja ujian antenna tersebut.




Tidak lupa juga syabas kepada 9W2JKR Pak Joe telah berjaya membina antenna-antenna “Home Brewnya” dan sudi meminjamkan antenna-antenna “Home Brewnya” untuk diujikaji..

 

73...

Friday, June 15, 2007

Siapakah Pemiliknya



Siapa pemiliknya? selalunya kereta ini akan menyambut anda jika ada ke lokalan kami... nak tahu siapa?? datang2lah ke lokalan kami... pastinya kancil ini akan menjemput tuan2 ke tango-tango... orang sangat peramah...

Mesyuarat ASTRA Negeri Perak


Mesyurat Pemilihan AJK ASTRA Cawangan Negeri Perak akan diadakan pada:-

Tarikh : 16hb Jun 2007
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Kolam Renang, Kuala Kangsar

Semua ahli-ahli ASTRA Negeri Perak di jemput hadir

Sekian, terima kasih

Wednesday, May 30, 2007

Kami menanti anda di V28@145.350MHZ

Jika Anda melalui lokalan kami... panggil-panggil kami di V28@145.350MHZ


9W2KLA Kak Lela, 9W2ZBD Pak Ya, 9W2ATN Pak Atan, 9W2KMR Pak Kamaruddin, 9W2GUN Cikgu Guna, 9W2ACR Cikgu Amin, 9W2WGC Pak Wan, 9W2MXA Cikgu Zamberi, 9W2PWD Abg Saffuan, 9W2SBD Sallehan, 9W2LES Cikgu Ardani, 9W2FIT Pak Fitri, 9W2SMZ Pak Samsul, 9W2JKR Pak Joe,9W2FDL Pak Fadhil, SWAL Pak Pian, SWAL Amar, SWAL Muaimin, SWAL Cikgu Mior, SWAL Mior dan ramai lagi yang setia menanti di simplex Labu Sayong 145.350MHz.

Monday, May 28, 2007

Selamat Datang ke Labu Sayong

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh ditebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan kurang sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui lebuhraya utara selatan, jalan persekutuan dan melalui kemudahan keretapi.

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, salak, Lintang dan Lasah. Sungai Siput merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.

Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.

Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.

Semasa anda melalui di kawasan kami.. sila-sila masuk ke simplex channel kami.. 145.350MHz.

9W2KLA Kak Lela, 9W2ZBD Pak Ya, 9W2ATN Pak Atan, 9W2KMR Pak Kamaruddin, 9W2GUN Cikgu Guna, 9W2ACR Cikgu Amin, 9W2WGC Pak Wan, 9W2MXA Cikgu Zamberi, 9W2PWD Abg Saffuan, 9W2SBD Sallehan, 9W2LES Cikgu Ardani, 9W2FIT Pak Fitri, 9W2SMZ Pak Samsul, 9W2JKR Pak Joe,9W2FDL Pak Fadhil, SWAL Pak Pian, SWAL Amar, SWAL Muaimin, SWAL Cikgu Mior, SWAL Mior dan ramai lagi yang setia menanti di simplex Labu Sayong 145.350MHz.

73
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog