Monday, May 28, 2007

Selamat Datang ke Labu Sayong

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh ditebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan kurang sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui lebuhraya utara selatan, jalan persekutuan dan melalui kemudahan keretapi.

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, salak, Lintang dan Lasah. Sungai Siput merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.

Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.

Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.

Semasa anda melalui di kawasan kami.. sila-sila masuk ke simplex channel kami.. 145.350MHz.

9W2KLA Kak Lela, 9W2ZBD Pak Ya, 9W2ATN Pak Atan, 9W2KMR Pak Kamaruddin, 9W2GUN Cikgu Guna, 9W2ACR Cikgu Amin, 9W2WGC Pak Wan, 9W2MXA Cikgu Zamberi, 9W2PWD Abg Saffuan, 9W2SBD Sallehan, 9W2LES Cikgu Ardani, 9W2FIT Pak Fitri, 9W2SMZ Pak Samsul, 9W2JKR Pak Joe,9W2FDL Pak Fadhil, SWAL Pak Pian, SWAL Amar, SWAL Muaimin, SWAL Cikgu Mior, SWAL Mior dan ramai lagi yang setia menanti di simplex Labu Sayong 145.350MHz.

73

No comments:

 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog