Wednesday, July 22, 2009

Hari Keluarga ASTRA Dan Sesi Makan Deroyan...

Bagi pihak ASTRA, kami menjemput seluruh warga radio Amatur untuk hadir ke program Hari Keluarga ASTRA dan sesi menjamu durian. Majlis akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

Tarikh : 24hb dan 25hb Julai 2009
Tempat : KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah
GPS : 5°51'36.00''N ,100°49'31.78''E
Bayaran: RM3 (Sewa Tapak Perkhemahan Shj)

Tentatif Program:
24 Julai 2009

- Pendaftaran ahli serta keluarga
- Minum petang
- Aktiviti " Salam Kontek Kenal QSO di Dataran(Majlis Eyeball)
- Makan Malam
- Solat Maghrib & Majlis Tahlil
- Solat Isyak
- Majlis Perasmian
- Majlis Santai & Karaoke
- Rehat

25 Julai 2009

- Solat Subuh
- Sarapan Pagi
- Sukaneka
- Fox Hunting
- Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati
- Makan tengahari
- Majlis Bersurai

Untuk pertanyaan sila hubungi :

9W2HLM 019-412 3052
9W2MYR 016-538 5385
9W2BPT 019-576 2734
9W2CRE 019-402 2990

::9w2sgn::

Monday, July 20, 2009

Jangan Silap Lorong Yek....

Buat Rakan2 Yang Mobile Dari Utara Ke Selatan Ataupun Sebaliknya. Patuhi Had Kelajuan Dan Ikutilah Arahan Pada Papan-Papan Tanda Yang Tersergam Besar Dan Indah Di Tepi Laluan Lebuhraya Ataupun Melintang Di Atas Anda.





Tapi Kalau Dah Terlepas.. Yang Menghala Ke Utara Boleh Keluar Di Tol Kuala Kangsar Dan Bagi Yang Ke Selatan Boleh Keluar Di Tol Simpang Pulai.

Dah Alang2 Terlajak Tu Singgah2 La Terus. Tak Gitu..

Bantuan Rakan2 Radio.
Kuala Kangsar : Simpleks V28 145.350Mhz
Ipoh : Repeater Parts 147.7125 MHz ~ OFFSET: -0.600 MHz ~ TONE: 233.6 & Simpleks V40 145.500Mhz

Monday, May 11, 2009

Gambar menarik - 2-3hb Mei 2009 XPDC Bermotosikal KK - Banding



Alhamdulilah.. kami selamat sampai di Bandar DiRaja Kuala Kangsar Jam 5.00 petang Satu Program Ekspidisi Bermotosikal Anjuran Bersama Belia 4B, Umno Kuala Kangsar, Pejabat Belia dan Sukan Kuala Kangsar.

Diketui oleh 9W2DKL, serta 9W2ATN, 9W2SUF, 9W2NIM, saya, SWAL ZUP dan anaknya memberi bantuan komunikasi dan keselamatan program tersebut.

Monday, April 27, 2009

XPDC Bermotosikal KK - Banding

Satu Program Ekspidisi Bermotosikal Dari Kuala Kangsar Ke Tasik Banding Akan Dianjurkan Oleh Pemuda UMNO Cawangan Bukit Chandan Pada 2 Mei 2009 - 3 Mei 2009. Perlepasan Akan Diadakan Di Dewan Taman Bukit Kerajaan Bukit Chandan Oleh Yang Berbahagia Adun Chandan Pada Jam 8.00 Pagi. Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Juga Terlibat Dalam Ekspidisi Tersebut Dan Akan Bertugas Didalam Sistem Komunikasi Dan Konvoi.

Info-Info Akan DiUpdate Dari Semasa Ke Semasa.

Monday, April 13, 2009

Yob Dan Yong... Moh Ke Kuale Weh!! ...

Program2 Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak

Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak, Rakan2 Radio Amatur Kuala Kangsar Dengan Segala Hormatnya Menjemput Semua Rakan2 Radio Amatur Dari Seluruh Malaysia Untuk Sama2 Turun Dan Memeriahkan Program2 Yang Diadakan Di Kuala Kangsar Perak.

Program2 Yang Akan Diadakan.

18 April -
Acara Perlumbaan Jet Ski @ Sg Perak, Tepian Sg Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar
Majlis Sambutan Pesta Panjut Dan Pertunjukan Bunga Api, Tepian Sg Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar

19 April -
Acara Perlumbaan Jet Ski @ Sg Perak, Tepian Sg Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar

25 April -
Majlis Pesta Sukan Air, Tepian Sukan Perak & Laman Budaya, Kuala Kangsar
Majlis Sukan Rakyat, Arena Square, Kuala Kangsar

26 April -
Majlis Karnival Vespa & Motosikal Antik Antarabangsa, Arena Square, Kuala Kangsar

Rakan2 Semua Dijemput Hadir Ke Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Frekuensi : V28 145.350 Kuala Kangsar

73
de
9w2sgn

Sumber : 9W2SGN Blog ( http://9w2sgn.blogspot.com )

Sunday, March 29, 2009

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) throughout Malaysia on 24 June 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)


Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) Application Form

sumber : Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Monday, March 2, 2009

Mesyuarat Agung PARTS Ketiga 2009

Tempat:
Wakaf PARTS (Rumah Pertubuhan),
Kuaters JKR No. 561 dan 562,
Jalan Selibin, Ipoh.

Tarikh:
29hb. Mac, 2009 (Ahad)

Masa:
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Sila rujuk surat jemputan yang bertarikh 22-Feb-2009 di pautan ini. Notis AGM
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog