Tuesday, October 30, 2007

Tahniah.. 9M4KBD Di Gunung Inas (1801 m)

Tahniah daripada Kami di Lokalan Kuala kangsar Kepada 9W2KBD bersama Teamnya selamat dinaikkan di Gunung Inas di ketinggian 1801 Meter dari aras laut.


Gambar di waktu senja di Gunung Inas


Peta Topo Gunung Inas

Maklumat Repeater
Callsign : 9M4KBD
Uplink 145.525 MHz
Downlink 144.925 MHz
tone 85.4 Hz

Tahniah sekali lagi..

73

-9W2SBD-

Wednesday, October 10, 2007

Wednesday, October 3, 2007

Jemputan Majlis Berbuka Puasa Di PUO

Dengan segala hurmatnya, dijemput semua Warga Ham Kuala Kangsar ke Berbuka Puasa di PUO pada :-

Tarikh : 6hb. Oktober 2007 (Sabtu)
Tempat : Pusat Islam Politeknik Ungku Omar
Masa : 6.45 petang hingga 10.30 malam
Anjuran : PARTS dan Kelab Radio Amator PUO

Aktiviti:-
Bacaan Doa dan tahlil
Waktu berbuka Puasa/Maghrib
Jamuan ringan berbuka puasa
Sembahyang Maghrib
Jamuan Makan Malam
Waktu dan Sembahyang Isha’
Sembahyang Sunat Tarawih
Takzirah pendek
Ucapan ringkas - Pengetua PUO / Pengerusi PARTS
Jamuan ringan (morei)

* Dijemput sekeluarga untuk hadir ke majlis, Sila berikan maklum balas bilangan ahli keluarga yang akan hadir kepada 9W2PHE( Pak Mahadi) secara sms atau hubungi ditalian 012-5157424 atau email admin@parts.org.my

Sunday, September 16, 2007

29hb Sept 2007 : Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim di Trong. Taiping.

Sukacita di maklumkan, ASTRA Cawangan Perak akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Rumah Anak-Anak Yatim di Trong, Taiping. Semua warga Ham Kuala Kangsar adalah jemput untuk meriahkan majlis tersebut.

Kepada Rakan-Rakan Ham yang ingin menyumbangkan sumbangan amat-amat dialu-alukan. Semua sumbangan dari Lokalan Kuala Kangsar boleh disalurkan kepada SWAL RKK (Pak Pian) atau 9W2WGC ( Pak Wan ) pada atau sebelum 26hb Sept 2007

Sekian, terima kasih.

Friday, September 14, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semua rakan-rakan Ham 145.350Mhz Labu Sayong mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada Pelawat-Pelawat Blog Kami..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

73

-9w2sbd-

Wednesday, September 12, 2007

Tahniah kepada 9W2JKR & 9W2SMZ

Rakan kepada 9W2JKR & 9W2SMZ yang telah dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Perak Amateur Radio Transmitters' Society (PARTS) AGM Pertama yang diadakan baru-baru ini di Ipoh.


9W2JKR - Ahli Jawatankuasa Induk


9W2SMZ - Ahli Jawatankuasa ( Wakil Daerah Kuala Kangsar )

Semoga dengan pemilihan rakan2 dari kolakan Kuala Kangsar dapat memantabkan aktiviti Ham Radio di Kuala Kangsar khasnya dan di Malaysia amnya

Tahniah sekali lagi

73

Tuesday, September 4, 2007

Jemputan : MESYUARAT AGUNG PARTS PERTAMA 2007.

Semua Ahli PARTS, dan yang belum menjadi Ahli juga dijemput

Sukacita dinyatakan bahawa mengikut persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat pada 12hb. Ogos 2007 yang lalu dan mengikut Perlembagaan PARTS, Fasal 8, Mesyuarat Agung (1) Dan (3), bahawa Mesyuarat Agung Pertama Persatuan ini akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:


Tempat : Persatuan Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf, Ipoh.
(Berhampiran Sek. Antarabangsa dan Pdg. Rekreasi S. Abd. Aziz)

Tarikh :9hb. September, 2007 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi

Semoga, kehadiran tuan / puan akan meriahkan perjalanan mesyuarat tersebut.

Keterangan lanjut sila lawat web PARTS di www.parts.org.my

-9w2sbd-
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog