Saturday, August 16, 2008

Majlis Kenduri Doa Selamat Dan Kesyukuran

Alhamdulilah Telah Pun Selesai Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran Yang Dianjurkan Oleh Kak Lela 9W2KLA Dan Yob Pian SWAL RKK di Base Station Beliau. Terima Kasih Bagi Pihak Tuan Rumah Kepada Semua Rakan-Rakan Ham Yang Sudi Hadir Dan Membantu Sepanjang Kenduri Dijalankan.Dan Buat Kak Lela Dan Yob Pian, Terima Kasih

Yob Pian Melayan Tetamu

Kak Lela Melayan Tetamu

9W2MXA Cikgu Zamri Dan 9W2LES Cikgu Ardani

Rakan Rakan Radio Sedang Menikmati Jamuan

9W2LES Cikgu Ardani Sedang Menunjukkan Papan Tanda Radio Amatur Pada Rerakan

Turut Bersama Rakan Rakan Dari Ipoh Dan 9W2SBD

9W2ATN Pak Atan Tersandar Selepas Menikmati Jamuan

SWAL RKK Yob Pian & SWAL HJZ Haji Jamalul Zamri

Thursday, June 19, 2008

Semoga Di Permudahkan

Saya mengambil kesempatkan ini mengucapkan "GOOD LUCK" dan "TRY THE BEST" kepada Rakan-Rakan SWAL di Kuale Khasnya dan Di seluruh Malaysia amnya untuk RAE pada 24/6/2008. Semoga di permudahakan segala urusan semasa RAE.

Semoga semuanya akan lulus..

-9w2sbd-

Sunday, June 1, 2008

Kami akan kongsi info trafik

Rakan-Rakan yang mengunakan Lebuh Raya PLUS - dari utara ke selatan.. sila masuk di Freq Simplex Kami di 145350 MHz atau V28. Mungkin rakan-rakan di lokalan kami ada info trafik di Lebuh Raya (Tol Jelapang) tersebut. Ramai rakan-rakan di lokalan kami sedia membantu anda..

Sudi-sudikan masuk di V28 kami..

Monday, May 12, 2008

Sebahagian Gambar Rakan-Rakan Radio Amatur Kuale ke Mesyuarat ASTRA Negeri Perak

9 Wakil dari Kuale turun ke mesyurat tersebut. Walaupun tiada pemilihan AJK Negeri Perak di adakan, Namun kesetiaan Rakan Radio Amatur dari Labu Sayong kepada ASTRA tidak berbelah bagi.








Gambar ihsan SWAL SGN - "terima kasih gambar-gambar tersebut"

Thursday, May 8, 2008

Mesyuarat ASTRA Negeri Perak

Dengan segala hormatnya dijemput semua rakan-rakan Radio Amatur di Kuala Kangsar ke Mesyuarat ASTRA Negeri Perak

Tarikh : 10hb Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Temapat : Komplek Rakan Muda Kemunting Taiping Perak

Semoga kehadiran rakan-rakan ke mesyuarat tersebut dapat memberikan idea-idea untuk pengembangan Radio Amatur di Negeri Perak khasnya

Sekian, terima kasih. 73

pesanan dari - 9M2NNL -

Sunday, April 20, 2008

Antara insan yang terpengaruh dengan aktiviti Radio di Kuale

Antara insan yang terpengaruh dengan aktiviti Radio di Kuale? apa komen anda..?? bagi saya dua-dua insan ini mempunyai kelebihannya tersendiri yang kadang-kadang tidak dapat dijawab dengan kata-kata..


SWAL RKK - Abg Pian


9W2SMZ - Shamsul

Thursday, April 3, 2008

NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Kepada;

Semua Ahli PARTS.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekelian.
Assalamualaikom;

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Sukacita dinyatakan bahawa mengikut persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat pada 2hb. Mac 2008 yang lalu dan mengikut Perlembagaan PARTS, Fasal 8, Mesyuarat Agung (1) Dan (3), bahawa Mesyuarat Agung Kedua Pertubuhan ini akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:

Tempat : Pusat Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf,
Ipoh, Perak D.R.
Tarikh : 20hb. April, 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari

2. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah:


AGENDA MAJLIS:

A. ATURCARA MAJLIS BERMULA - 10.15 pagi

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengerusi PARTS
3. Ucapan Peresmian Oleh Pengerusi PARTS

B. JAMUAN RINGAN - 10.30 pagi

C. MESYUARAT BERMULA - 10.25 pagi

1. Ucapan Pengerusi PARTS Yang Mempengerusikan Mesyuarat
2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2007
3. Membentang Dan Meluluskan Laporan Setiausaha Kehormat 2007
4. Membentang Dan Meluluskan Laporan Bendahari 2007
5. Perkara-perkara Berbangkit.
6. Perlantikan Pengamanah (Fasal 13), Penasihat/Penaung (Fasal 15).
AJK Daerah dan Biro-biro.
9. Membahaskan Usul-usul, (jika ada);
10. Lain-lain hal.
11. Ucapan Penangguhan -11.45 pagi

3. Kehadiran tuan / puan akan menunjukkan minat, sumbangan serta meriahkan perjalanan mesyuarat tersebut.


“KEAKRAPAN MELALUI GELOMBANG UDARA”

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


…………………………….
(9W2PHE Mahadi bin Yahya)
Setiausaha,
Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak .
 
Template by: Abdul Munir | Blog Re-edit By 9W2SGN Shah Webmaster Blog